Wanita mengaku dilantik Pengarah Kewangan KDN ditahan

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SEPANG - Polis menahan seorang wanita yang mendakwa dirinya dilantik sebagai Pengarah Kewangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi satu video tular pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek yang merupakan wanita warga tempatan itu diberkas sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

"Suspek yang berumur lingkungan 33 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Suspek direman tiga hari bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Isnin, polis menjalankan siasatan berhubung seorang individu yang mendakwa dirinya dilantik sebagai Pengarah Kewangan KDN menerusi satu video tular di media sosial.

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan dijalankan susulan laporan polis dibuat oleh seorang individu yang merupakan pegawai kanan KDN berhubung video tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!