Hutang negara AS lepasi AS$31 trilion buat kali pertama
Jumlah baki hutang awam lebih AS$31.1 trilion, lapor Agensi Anadolu memetik data pada Selasa.
Pada Julai, Pejabat Belanjawan Kongres (CB) mengunjurkan hutang persekutuan pegangan awam AS bersamaan 98 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun.
Hutang tinggi dan semakin meningkat kepada peratusan KDNK, mungkin memperlahan pertumbuhan ekonomi, menaikkan pembayaran faedah kepada pemegang asing hutang AS dan meningkatkan risiko krisis fiskal, menurut CBO dalam laporan Unjuran Belanjawan Jangka Panjang 2022.
Keadaan ini mungkin menjadikan kedudukan fiskal AS lebih terdedah kepada peningkatan kadar faedah selain mengekang pengubal undang-undang dalam memilih dasar yang perlu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!