Afghanistan terima bantuan tunai AS$40 juta
KABUL - Afghanistan menerima AS$40 juta tunai bantuan kemanusiaan bagi memperkukuh ekonominya, menurut kenyataan bank pusat negara itu, Da Afghanistan Bank (DAB) pada Rabu.
Bantuan itu adalah peruntukan kedua secara tunai kepada Afghanistan daripada komuniti antarabangsa dalam tempoh seminggu, lapor Xinhua.
"Untuk bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan, bayaran AS$40 juta tunai sampai di Kabul pada Selasa dan dipindahkan ke sebuah bank komersial di negara itu,” menurut kenyataan itu tanpa menyebut nama bank terbabit.
Afghanistan menerima bantuan dalam jumlah yang sama pada 22 September bagi membantu menaikkan rizab asing negara itu yang kini mencecah lebih AS$1.2 bilion. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!