Singapura jadikan Piala Tun Abdul Razak lebih sengit

Anil (tengah) bersama Mohamad Syafiq (dua dari kanan), pengendali Perak, S Jagatheesan (kanan), Pengarah Kejohanan P Balamuraly (kiri), Nur Syafiqah (tiga dari kirI), pengurus pasukan wanita Kuala Lumpur dan Datuk Hasrysham Chasmen (dua dari kiri) pada sidang media di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Rabu. - Foto Malaysian Hockey Confederation
Anil (tengah) bersama Mohamad Syafiq (dua dari kanan), pengendali Perak, S Jagatheesan (kanan), Pengarah Kejohanan P Balamuraly (kiri), Nur Syafiqah (tiga dari kirI), pengurus pasukan wanita Kuala Lumpur dan Datuk Hasrysham Chasmen (dua dari kiri) pada sidang media di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Rabu. - Foto Malaysian Hockey Confederation
A
A
A

KEHADIRAN skuad hoki kebangsaan Singapura menjanjikan saingan lebih sengit pada Kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2022, yang bakal menyingkap di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, pada Khamis.

Pasukan Seberang Tambak itu telah menghantar skuad lelaki untuk kejuaraan edisi ke-60, manakala turut menyahut cabaran dalam kategori wanita edisi ketujuh yang membuka kempen pada 7 Oktober.

Untuk rekod, sebanyak 22 pasukan menyahut cabaran edisi kali ini menyaksikan penyertaan 13 pasukan lelaki dan sembilan pasukan wanita.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Dr Anil Sandhu berkata, jumlah hadiah wang bagi pemenang tahun ini juga mengalami perubahan, selain penyertaan pasukan dari Singapura tersebut.

“Butiran lanjut mengenai jumlah hadiah sebenar bagi pemenang tahun ini adakan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media menjelang pembukaan tirai TNB Piala Tun Razak 2022 pada Rabu.

Untuk rekod, Kumpulan A menyaksikan penyandang juara Perak diundi bersama Terengganu, Kuala Lumpur, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Negeri Sembilan dan Johor.

Kumpulan B pula menyaksikan naib juara lalu, Pahang diundi bersama Melaka, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Selangor, Pulau Pinang, Perlis dan Singapura.

Kategori wanita pula menyaksikan Kumpulan A dibarisi juara bertahan Kuala Lumpur, Melaka, Selangor dan Terengganu manakala Kumpulan B pula Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, ATM dan Singapura.

Artikel Berkaitan:

Edisi 2021 menyaksikan sebanyak 14 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita menyertai saingan dengan Perak muncul juara selepas menumpaskan Pahang 2-1 manakala Kuala Lumpur pula dinobat juara 2021 selepas menewaskan Pahang 1-0.

Dalam pada itu, kedua-dua juara bertahan Lelaki dan Wanita menyambut baik penyertaan Singapura yang dianggap mampu memberi pengalaman berharga terutamanya kepada pemain-pemain muda.

Sementara itu, Kapten Perak, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan menyambut baik penyertaan Singapura yang disifatkannya memberi pengalaman berguna kepada pemain terutamanya yang belum merasai saingan antarabangsa.

Dalam pada itu, kapten pasukan Kuala Lumpur, Nur Syafiqah Mohd Zain pula berharap pasukan lain terutama dari kalangan negara Asia Tenggara dapat menyertai saingan Piala Razak selain Singapura selepas ini.

“Pastinya, ia akan membantu dari segi pendedahan terutamanya bagi pemain-pemain muda dalam skuad negara untuk mengukur kemampuan bersaing dengan pasukan dari negara lain," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!