'Haaland bukan manusia'

Haaland menjaringkan gol buat pasukannya ketika bantu CIty tewaskan Copenhagen.
Haaland menjaringkan gol buat pasukannya ketika bantu CIty tewaskan Copenhagen.
A
A
A

PENYERANG Manchester City, Erling Haaland terus ‘mengganas’ apabila berjaya menyumbat dua gol meskipun hanya bermain 45 minit ketika membantu pasukannya menewaskan FC Copenhagen 5-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi Khamis.

Pada aksi tersebut, pemain Norway itu meledak dua gol pada separuh masa pertama sebelum pertahanan Copenhagen, David Khocholava tersepak bola sendiri ke gawang untuk meletakkan City selesa dengan tiga gol pada separuh masa pertama.

Pemain sayap City, Riyad Mahrez menambah derita Copenhagen apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti sebelum Julian Alvarez melengkapkan kemenangan bergaya City.

“Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini dalam hidup saya. Saya hanya ketawa selepas melihat gol pertama dan kedua itu.

“Saya tertanya-tanya bagaimana dia (Haaland) sentiasa berada di posisi yang tepat untuk menjaringkan gol.

“Malah penjaga gol lawan berkata kepada saya bahawa dia ini bukan manusia,” kata pemain tengah City, Jack Grealish.

Kemenangan itu menyaksikan City kini selangkah untuk mengesahkan slot ke pusingan kalah mati selepas mengumpul 9 mata maksimum dalam tiga perlawanan awal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!