Taman MRANTI bantu negara hadapi IR4.0: PM

Ismail Sabri ketika berucap pada Pelancaran Pelan Induk Taman MRANTI di Mranti Park, Bukit Jalil pada Khamis. - Foto Bernama.
Ismail Sabri ketika berucap pada Pelancaran Pelan Induk Taman MRANTI di Mranti Park, Bukit Jalil pada Khamis. - Foto Bernama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelan Induk baharu Taman MRANTI akan memupuk keupayaan Malaysia dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pelan induk itu juga memberi fokus kepada teknologi terkini daripada sistem Internet benda (IoT), perkhidmatan Protokol Internet (IP) dan makmal kepada kemudahan pembuatan kontrak dengan teknologi canggih.

"Taman MRANTI ini dilengkapi dengan infrastruktur moden, termasuk jalur lebar berkelajuan tinggi dan teknologi 5G serta insentif dan peluang pembiayaan, juga direka untuk menarik golongan profesional muda, serta mewujudkan laluan yang stabil bagi bakat berkemahiran tinggi.

"Ia dijangka dapat mencipta lebih 8,000 peluang pekerjaan baharu dan ini adalah berita baik untuk seluruh Keluarga Malaysia,” katanya pada Majlis Pelancaran Pelan Induk Taman MRANTI di Mranti Park, Bukit Jalil di sini pada Khamis.

Perdana Menteri berkata, dengan lokasi terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Malaysia, Taman MRANTI berperanan menyelaras keluaran penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke pasaran menerusi ekosistem bersepadu, yang memusatkan semua aktiviti teknologi dan inovasi secara setempat. - Bernama.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!