Allegri kecewa Juventus lepaskan peluang menang besar

Pemain Juventus meraikan kejayaan mereka menewaskan Maccabi dalam aksi UCL awal pagi Khamis.
Pemain Juventus meraikan kejayaan mereka menewaskan Maccabi dalam aksi UCL awal pagi Khamis.
A
A
A

PENGENDALI Juventus, Massimiliano Allegri nyata kecewa dengan aksi yang ditampilkan pasukannya meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Maccabi Haifa dalam aksi kumpulan H, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Menurut beliau, Juventus berupaya untuk menjaringkan gol yang lebih banyak, namun mensia-siakan peluang yang ada selain membenarkan lawan mereka membolosi gawang pasukannya.

Justeru, Allegri menuntut aksi yang lebih konsisten dipamerkan oleh anak buahnya dalam perlawanan yang akan datang.

“Saya sangat marah pada akhirnya, kerana mereka tidak bermain dengan bersungguh sungguh terutamanya dalam tempoh 15 minit terakhir.

“Mereka ada peluang untuk menjaringkan lima atau enam gol, namun membiarkan lawan membolosi mereka yang mana ia benar-benar merosakkan suasana perlawanan bagi saya,” katanya.

Pada aksi tersebut, Pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot, berjaya membuka tirai jaringan untuk pasukannya mendahului separuh masa pertama sebelum Dusan Vlahovic menjadikan kedudukan 2-0 sejurus selepas rehat.

Bagaimanapun, Maccabi berjaya merapatkan jurang menerusi Omer Atzili sebelum Rabiot memastikan kemenangan mutlak 3-1 menjadi milik Juventus.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!