Mayat lelaki lemas ditemui celah pokok buluh
GERIK - Mayat seorang lelaki ditemui di dalam sungai di Kampung Air Panas di sini pada Khamis.
Mangsa dikenali sebagai Abdul Hamid Wahab, 67, dipercayai hilang dan lemas sejak beberapa hari lalu sebelum ditemui tersangkut di celah pokok buluh.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada jam 9.38 pagi bagi membantu mengambil mayat mangsa.
"Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian diarahkan oleh komander operasi membantu mengeluarkan mangsa yang tersangkut lima meter dari tebing.
"Mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam maklumat ringkas yang dikongsi kepada pemberita mengenai operasi tersebut pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan mayat dibawa di Hospital Gerik untuk bedah siasat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!