Insentif pengeluaran getah Mac 2019 diaktifkan: LGM

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi Mac 2019 telah diaktifkan di Semenanjung, Sabah serta Sarawak yang membolehkan pekebun kecil membuat tuntutan pembayaran mulai 1 April lepas.

Menurut kenyataan Lembaga Getah Malaysia (LGM) hari ini, langkah itu membabitkan bayaran masing-masing 25 sen sekilogram di Semenanjung, 55 sen sekilogram di Sabah manakala Sarawak meliputi 40 sen sekilogram.

Pengaktifan tersebut berikutan harga purata getah pada Mac 2019 di peringkat ladang bagi getah sekerap (cuplump) berada pada paras RM2.25 sekilogram bagi Semenanjung, Sabah RM1.95 sekilogram dan Sarawak pada RM2.10 sekilogram.

“Bermula Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 (Standard Malaysian Rubber) FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang berada pada paras di bawah RM2.50 sekilogram.

“Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan Mac 2019 mulai April 1, 2019 hingga April 30, 2019,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!