[VIDEO] PM pengerusikan mesyuarat kabinet
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di bangunan Perdana Putra, di sini bagi mempengerusikan mesyuarat kabinet.
Ismail Sabri yang tiba jam 8.33 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) putih sempat menurunkan tingkap dan melambai tangan kepada petugas media.
Sebelum itu, kenderaan yang membawa beberapa menteri tiba seawal jam 8.45 pagi bagi menghadiri mesyuarat tersebut antaranya Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Juga kelihatan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
Pada Khamis, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan mesyuarat kabinet berlangsung di Putrajaya.
Kenyataan itu dilihat sedikit meredakan suasana spekulasi berhubung pembubaran Parlimen yang dikatakan berlaku pada hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!