Pentas Piala Dunia terakhir buat Messi
PEMAIN Argentina, Lionel Messi mengesahkan dirinya bakal membuat penampilan terakhir di kejohanan Piala Dunia hujung tahun ini selepas membuat lima penampilan bersama negaranya.
Justeru, dia berharap mampu untuk menamatkan kemarau juara Piala Dunia sejak kali terakhir memenanginya buat kali pertama pada tabun 1986.
“Saya tidak tahu sama ada kami adalah pilihan utama, tetapi saya percaya Argentina adalah calon kerana sejarahnya, serta dengan cara kami layak beraksi kali ini.
“Tetapi dalam Piala Dunia apa sahaja boleh berlaku, semua perlawanan sangat sukar. Bukan selalu pasukan pilihan yang memenanginya,” katanya.
Argentina bakal membuka aksi kejohanan pada 22 November menentang Arab Saudi dalam Kumpulan C sebelum berdepan Mexico dan Poland.
Untuk rekod, Messi membantu membawa Argentina ke suku akhir pada 2006 dan 2010, selain berjaya memacu negaranya ke final pada 2014, apabila Argentina tewas kepada Jerman, 1-0, dalam masa tambahan.
Bagaimanapun, Messi memperoleh anugerah Bola Emas iaitu sebagai pemain terbaik dalam kejohanan itu selepas menjaringkan empat gol dalam tujuh perlawanan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!