Raja Thailand akan lawat mangsa terselamat insiden tembakan

 Insiden tembakan maut ke atas 37 orang kebanyakan kanak-kanak berlaku di sebuah taska di wilayah Nong Bua Lam Phu pada Khamis. - Foto AP
Insiden tembakan maut ke atas 37 orang kebanyakan kanak-kanak berlaku di sebuah taska di wilayah Nong Bua Lam Phu pada Khamis. - Foto AP
A
A
A

BANGKOK - Raja Thailand pada Jumaat akan melawat mangsa-mangsa yang terselamat daripada serangan senjata api dan pisau ke atas sebuah taska yang menyebabkan sekurang-kurangnya 37 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak.

Raja Maha Vajiralongkorn itu akan bertemu keluarga-keluarga yang terlibat dalam kejadian tersebut akibat tragedi di timur laut wilayah Nong Bua Lam Phu, kata jurucakap kerajaan.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha akan turut hadir bersama raja tersebut.

Thailand telah mula meratapi salah satu pembunuhan beramai-ramai yang paling dahsyat dengan bendera di bangunan kerajaan dikibarkan separuh tiang selepas kejadian itu berlaku pada Khamis.

Bekas pegawai polis, Panya Khamrab menyerbu taska kanak-kanak itu dengan bersenjatakan pisau dan pistol sebelum kemudian membunuh isteri dan anaknya serta membunuh dirinya sendiri.

Pekerja-pekerja penyelamat semalaman menghantar keranda ke hospital di Udon Thani manakala bedah siasat dijadualkan dilakukan pada pagi Jumaat.

Lelaki bersenjata berusia 34 tahun itu adalah bekas sarjan polis yang digantung kerja pada Januari lalu dan dipecat pada Jun lepas kerana menggunakan dadah. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!