Lagi pelarian Rohingya mendarat di Perlis

Sebahagian pelarian Rohingya yang ditemukan di tepi pantai setelah tiba di negara ini, awal pagi tadi.
Sebahagian pelarian Rohingya yang ditemukan di tepi pantai setelah tiba di negara ini, awal pagi tadi.
A
A
A

ARAU - Seramai 41 pelarian Rohingya dalam keadaan keletihan dan kelaparan setelah dipercayai ditinggalkan tekong di pesisiran pantai berdekatan Kampung Belati, Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, ditemukan di sini, pagi tadi.

Mereka dipercayai mendarat dan terpaksa meredah selut setelah menempuh perjalanan hampir seminggu dari negara asal, se belum dibantu penduduk kampung yang menghulurkan bantuan.

Berbekalkan beras, kek dan air, mereka menggadai nyawa menaiki tongkang dan menempuh perjalanan yang mengambil masa selama lapan hari.

Sebahagian pelarian Rohingya yang ditemukan di tepi pantai setelah tiba di negara ini, awal pagi tadi.
Sebahagian pelarian Rohingya yang ditemukan di tepi pantai setelah tiba di negara ini, awal pagi tadi.

Salah seorang pelarian Rohingya, Abu Hussain Noor Hussain berkata, mereka dijanjikan pekerjaan, penempatan termasuk kad pengiktirafan dari Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) oleh ejen sindiket yang tidak dikenali.

“Datang sini dahulu, baru bayar kepada ejen. Bayar RM4,000 seorang tapi belum bayar lagi, selepas jumpa dia baru bayar,” katanya, ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik tiba di pantai subuh tadi, ejen yang ditunggu tidak muncul.

Difahamkan, mereka dipindahkan dari tongkang ke bot pancung sebaik memasuki perairan Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Kesemua pelarian dibawa ke pejabat Imigresen untuk tindakan selanjutnya, dibantu pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Kesemua pelarian dibawa ke pejabat Imigresen untuk tindakan selanjutnya, dibantu pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mangsa kemudian ditinggalkan kira-kira satu kilometer dari daratan, menyebabkan mereka terpaksa meranduk air paras dada dan lumpur sebelum diselamatkan penduduk kampung.

Komander Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, kesemua 41 pelarian yang ditahan berusia antara 14 hingga 33 tahun.

“Hanya seorang boleh berbahasa Melayu kerana pernah menetap di Alor Setar, Kedah selama dua tahun. Mereka dipercayai menyorok di kawasan terpencil, sebelum menyusup masuk ke perairan negara, yang jaraknya cuma satu kilometer atau kurang 10 minit menaiki bot dari perairan negara jiran,” katanya.

Menurutnya, Perlis kemungkinan menjadi pilihan susulan bersempadan dengan Thailand.

Syed Basri (tiga, kanan) ketika hadir memantau pelarian Rohingya yang ditemui keletihan oleh penduduk kampung, pagi tadi.
Syed Basri (tiga, kanan) ketika hadir memantau pelarian Rohingya yang ditemui keletihan oleh penduduk kampung, pagi tadi.

“Mungkin sebab itu, Perlis dijadikan sasaran untuk sindiket memasuki negara. Kita terpaksa terima tempias sebab paling hampir,” katanya.

Syed Basri berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan ada gelombang pendaratan ketiga, namun lokasinya tidak dapat dipastikan.

“Kesemua mereka dihantar ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Awal Mac lalu, seramai 35 pelarian Rohingya wanita termasuk sembilan kanak-kanak diselamatkan penduduk kampung selepas ditemui mendarat di pesisir pantai Kampung Sungai Belati, berdekatan Sungai Bahru.

Pelarian diberikan makanan dan minuman oleh penduduk kampung yang menemui mereka dalam keadaan lesu, di pesisiran pantai berdekatan Kampung Belati.
Pelarian diberikan makanan dan minuman oleh penduduk kampung yang menemui mereka dalam keadaan lesu, di pesisiran pantai berdekatan Kampung Belati.

Jarak pendaratan kali ini hanya 740 meter daripada pendaratan kali pertama, sebulan lalu.

Penduduk, Rosmi Ismail, 51, berkata, dia terlihat kelibat pelarian itu sedang berehat di pesisiran pantai sekitar 7.00 pagi.

“Mereka maklumkan, mereka berpecah kepada dua kumpulan selepas ditinggalkan tekong.

Penduduk pun segera cari pelarian lain dan berjaya jumpa kumpulan kedua itu, di kawasan berdekatan dan kumpulkan mereka,” katanya. Menurutnya, berdasarkan percakapan mereka yang boleh berbahasa Melayu, terdapat satu lagi kumpulan akan mendarat dalam tempoh terdekat.

“Kata pelarian itu, mereka pilih awal bulan datang sini sebab air cetek di Sungai Baru ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!