Harga rendah punca mangsa tertipu ejen umrah palsu

Halim (kiri) dan Pengarah Urusan Persada Global Holidays, Mohd Hafizi Abdul Fatah ketika Majlis Menandatangi Program Jejak Haramain MCCF dengan kerjasama Persada Global Holidays di Setia Alam pada Jumaat.
Halim (kiri) dan Pengarah Urusan Persada Global Holidays, Mohd Hafizi Abdul Fatah ketika Majlis Menandatangi Program Jejak Haramain MCCF dengan kerjasama Persada Global Holidays di Setia Alam pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Terpengaruh dengan harga rendah, antara faktor seseorang individu menjadi mangsa ejen palsu syarikat pelancongan tidak berlesen yang menawarkan pakej umrah.

Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata, mangsa juga mengalami kerugian sehingga mencecah ribuan ringgit kerana terlalu percaya dengan harga yang ditawarkan.

"Kadangkala harga yang ditawarkan oleh ejen serta syarikat palsu ini tidak masuk akal, terlalu rendah daripada harga sebenar.

"Kebanyakan mangsa tidak menyemak terlebih dahulu kesahihan ejen atau syarikat palsu ini, terus melakukan pembayaran dan akhirnya mengakibatkan kerugian," katanya.

Ujar beliau, individu yang kebanyakan menjadi mangsa terdiri daripada warga emas.

"Mangsa menyedari tertipu apabila ejen atau syarikat palsu memberikan alasan penerbangan tertangguh dengan kononnya disebabkan pelbagai halangan.

"Selain itu, mereka juga sedaya upaya berdalih mengelak untuk membuat laporan polis dengan mendakwa urusan akan menjadi panjang dan rumit," katanya.

Menurutnya, orang ramai perlu menyemak dan menyelidik latar belakang pakej umrah yang terdapat di pelbagai platform termasuk media sosial.

Artikel Berkaitan:

"Jangan meletakkan kepercayaan terus kepada individu yang mendakwa sebagai ejen, semak terlebih dahulu dari segi latar belakang dan sebagainya.

"Dalam masa sama jangan sama sekali terpengaruh dengan harga terlalu murah ditawarkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!