[VIDEO] Bajet 2023: Tawaran kredit e-dompet RM100 kepada 8 juta M40

 Seramai 8 juta individu layak menerima kredit e-dompet sebanyak RM100. - Gambar hiasan
Seramai 8 juta individu layak menerima kredit e-dompet sebanyak RM100. - Gambar hiasan
A
A
A


KUALA LUMPUR - Kerajaan memperkenalkan inisiatif e-Pemula dengan tawaran kredit e-dompet sebanyak RM100 kepada kumpulan M40 di dalam negara yang berpendapatan tahunan di bawah RM100,000.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah itu akan membabitkan seramai 8 juta individu dengan peruntukan berjumlah RM800 juta.

Beliau berkata demikian ketika ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
Artikel Berkaitan:


Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!