Perluas tafsiran peranti digital

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperluas tafsiran peranti digital di bawah Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar dengan turut merangkumi jam tangan pintar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam.

"Di bawah Bajet 2022, kerajaan telah meneruskan Perlindungan Kemalangan Diri sehingga RM100 juta untuk manfaat 40,000 peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

"Untuk tahun hadapan, kerajaan bersetuju untuk memberikan subsidi RM100 bagi perlindungan insurans atau takaful isi rumah atau home content yang bernilai RM20,000 sebagai usaha meringankan beban peminjam yang terkesan dengan bencana," katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!