Bajet 2023: Tanah terbiar dimanfaat tanaman makanan

Kerajaan berhasrat untuk memanfaatkan tanah-tanah terbiar dengan keluasan 323.75 hektar untuk tanaman makanan.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
Kerajaan berhasrat untuk memanfaatkan tanah-tanah terbiar dengan keluasan 323.75 hektar untuk tanaman makanan.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan berhasrat untuk memanfaatkan tanah-tanah terbiar milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Felcra Berhad, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan keluasan 323.75 hektar (800 ekar) untuk tanaman makanan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini bertujuan meningkatkan penghasilan makanan.

"Setakat tahun 2020, penggunaan tanah bagi tanaman makanan telah merosot kepada hanya 1.2 juta hektar berbanding 7 juta hektar untuk penanaman kelapa sawit dan getah.

"Bagi meningkatkan penghasilan makanan, kerajaan berhasrat untuk memanfaatkan tanah-tanah terbiar milik Felda, Felcra dan RISDA serta agensi di bawah MAFI dengan keluasan sehingga 323.75 hektar untuk tanaman makanan," katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!