Tengku Zafrul lapan kali minum air ketika bentang Bajet 2023
KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilihat minum air sebanyak lapan kali ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Beliau mengambil masa lebih dua jam membacakan teks ucapan setebal 102 muka surat dengan tema Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.
Tahun ini merupakan kali ketiga Tengku Zafrul membentangkan bajet dengan kali pertama ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Seperti mana tahun sebelum ini, Tengku Zafrul tampil segak mengenakan baju Melayu, yang mana tahun ini biru menjadi pilihannya.
Tahun ini juga menyaksikan bajet berjumlah RM372.3 bilion dibentangkan, sekali gus menjadi nilai peruntukan tertinggi pernah direkodkan setakat ini.
Bajet 2022 yang dibentangkan tahun lalu berjumlah RM332.1 bilion.
Firdaus, Nor Aliza dan Ling Mee Hoon antara nama disebut Tengku Zafrul
Tengku Zafrul dalam pembentangan hari ini turut menyebut beberapa nama sebagai contoh rakyat Malaysia yang mendapat manfaat melalui Bajet 2023.
Antara nama-nama yang disebut Tengku Zafrul adalah Firdaus, Nor Aliza dan Ling Mee Hoon.
Tengku Zafrul mengambil masa kira-kira dua jam untuk membacakan teks ucapan bajet setebal 102 muka surat yang mengangkat tema ‘Keluarga Malaysia Makmur Bersama’.
Bajet 2023 menyaksikan nilai keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion, sekali gusi menjadi nilai peruntukan tertinggi pernah direkodkan dalam sejarah belanjawan negara.
Tahun lalu menyaksikan nilai bajet yang dibentangkan berjumlah RM332.1 bilion.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!