Pearly kembali turun gelanggang

Thinaah (kiri) dan Pearly terpaksa melupakan dua kejohanan di Eropah pada Oktober ekoran proses pemulihan Pearly daripada kecederaan hamstring. Foto Agensi
Thinaah (kiri) dan Pearly terpaksa melupakan dua kejohanan di Eropah pada Oktober ekoran proses pemulihan Pearly daripada kecederaan hamstring. Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN beregu wanita negara, Pearly Tan disahkan dapat beraksi pada Terbuka Denmark 2022 di Odense dari 18 hingga 23 Oktober ini.

Berita gembira itu disahkan oleh Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky ketika ditanya mengenai status terkini Pearly.

“Ya (memang Pearly dapat beraksi),” katanya yang turut mengesahkan Pearly dan rakan gandingannya, M Thinaah akan bersaing pada Terbuka Perancis 2022 di Paris dari 25 hingga 30 Oktober ini.

Sebelum ini, peluang gandingan utama negara itu untuk beraksi di Eropah agak samar-samar kerana Pearly masih dalam proses pemulihan susulan kecederaan hamstring dialaminya pada Terbuka Jepun awal bulan lalu.

Pada Terbuka Denmark, Pearly-Thinaah akan berdepan pasangan Thailand, Supissara Paewsampran-Puttita Suppajirakul diikuti menentang juara Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia pada Terbuka Perancis.

Di sebalik kegembiraan Pearly itu, nasib sama tidak menyebelahi seorang lagi pemain beregu wanita negara, Anna Cheong selepas berita terkini menyatakan dia mengalami ligamen krusiat anterior (ACL) pada lutut kanannya.

“Saya dapat tahu ACL selepas cedera terpijak kaki seorang pemain ketika sesi latihan baru-baru ini. Bila lakukan imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) pasukan perubatan mengesan saya mungkin kena ACL ini sudah lama,” jelas Anna.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!