Peruntukan untuk Maritim Malaysia diguna bagi pengoperasian aset

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM485 juta yang diperuntukkan menerusi Bajet 2023 kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan digunakan dalam mengoperasikan aset-aset serta pengurusan melibatkan hal ehwal pembangunan.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, Maritim Malaysia sememangnya memerlukan sejumlah peruntukan yang besar dalam mengoperasikan aset melibat kapal, bot, pesawat udara, pusat radar serta menguruskan hal ehwal pembangunan termasuk sumber manusia.

Menurutnya, RM485 juta diperuntukkan khusus kepada agensi ini bagi menyelenggara baki kapal dan bot yang mana sebahagiannya telah melalui proses penyelenggaraan pada tahun ini.

"Berdasarkan rekod, Maritim Malaysia mempunyai sebanyak 70 kapal dan 193 bot peruntukan besar yang diterima untuk tahun 2023 ini akan diguna pakai sebaiknya bagi memajukan Maritim Malaysia daripada pelbagai aspek.

"Ini termasuk sumber manusia, menyelenggara pejabat, jeti dan lokap, stesen udara maritim, selenggara pesawat udara, Pusat Operasi (PUSOP) di zon dan negeri, pusat

kawalan radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) dan lain-lain lagi," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, Maritim Malaysia yakin dengan peruntukan Bajet 2023 ini, pengoperasian Maritim Malaysia dalam mensejahterakan perairan negara dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Sekaligus selari dengan Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia

Artikel Berkaitan:

(PPSMM) 2040, Maritim Malaysia amat berterima kasih kepada kerajaan yang amat prihatin kepada agensi ini.

"Sekaligus memahami segala kekangan yang dihadapi terutamanya dalam menyelesaikan isu kekangan aset yang merencatkan pengoperasian," katanya.

Menurutnya, Bajet 2023 ini diharap dapat melengkapi keperluan Maritim Malaysia secara berfasa.

"Sekaligus Maritim Malaysia yakin bahawa peruntukan yang diberikan ini berdasarkan kepada kesejahteraan bersama memandangkan ekonomi Malaysia ketika ini masih di dalam peringkat pemulihan dan sedang melonjak pulih susulan pandemik yang melanda negara pada tahun sebelum ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!