Selangor sasar 10 peratus bangunan strata guna lampu LED

Rodziah (tiga dari kiri) ketika Pelancaran Pemasangan Lampu LED di bawah Inisiatif Bangunan Hijau di Pangsapuri Vista Seri Putra, Bandar Seri Putra.
Rodziah (tiga dari kiri) ketika Pelancaran Pemasangan Lampu LED di bawah Inisiatif Bangunan Hijau di Pangsapuri Vista Seri Putra, Bandar Seri Putra.
A
A
A

KAJANG - Kerajaan Selangor menyasarkan 10 peratus bangunan strata di negeri ini bertukar kepada penggunaan lampu diod pemancar cahaya (LED) berkonsep hijau di bawah inisiatif bangunan hijau tahun ini.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, setakat ini 27 bangunan strata bersetuju menjayakan program itu dan enam daripadanya telah siap proses pemasangan.

Menurutnya, program tersebut mendapat kerjasama daripada rakan strategi Synergy Group yang menyediakan peruntukan sebanyak RM400 juta dan dijangka memberi manfaat kepada 6,000 bangunan.

"Setakat ini, sebanyak 581 pengurusan bangunan telah ditemui dan berharap berharap program ini dapat dipercepatkan selepas isu teknikal berkaitan Akta 757 dihadapi pada peringkat awal perancangan telah diselesaikan.

"Sasaran 10 peratus adalah permulaan dan kerajaan negeri akan berbincang dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk meletakkan pelan tindakan supaya sasaran dapat dicapai 100 peratus dalam tempoh lima hingga 10 tahun," katanya ketika Pelancaran Pemasangan Lampu LED di bawah Inisiatif Bangunan Hijau di Pangsapuri Vista Seri Putra, Bandar Seri Putra baru-baru ini.

Beliau berkata, penukaran lampu LED bukan hanya menyumbang kepada inisiatif hijau sebaliknya dapat manfaat penjimatan tenaga serta tahan lama.

Katanya, rakan strategik bukan hanya memberi komitmen untuk membuat pelaburan tetapi membantu dari segi penerangan dan bertemu pengurusan bangunan.

"Sementara itu, kerajaan negeri telah melihat semua aspek sudut perundangan bagi memastikan ia tidak mendatangkan masalah pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

"Bagusnya model pelaksanaan program ini, ia tidak membebankan pemilik strata. Modal pemasangan didahulukan dan pembiayaan dibayar secara bulanan melalui penjimatan tenaga yang dibuat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!