MBSA 'buka' padang sintetik baharu di Seksyen 19

Tengku Amir Shah menyempurnakan majlis pembukaan padang sintetik Seksyen 19, Shah Alam pada Sabtu.
Foto: ASIANA.MY
Tengku Amir Shah menyempurnakan majlis pembukaan padang sintetik Seksyen 19, Shah Alam pada Sabtu. Foto: ASIANA.MY
A
A
A

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan pembukaan sebuah padang sintetik di Seksyen 19 bagi kemudahan komuniti setempat untuk melakukan aktiviti riadah dan bermain bola sepak.

Majlis pembukaan padang sintetik yang menepati piawaian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Sabtu.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, pembukaan padang itu memberi ruang dan peluang buat ‘kaki bola’ untuk memberikan mereka peluang menggunakan padang sintetik berkelas dunia.

“Pelaksanaan projek ini bertujuan memenuhi keperluan sosial masyarakat setempat melalui penyertaan komuniti dan bidang rekreasi dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Penyediaan padang bola sepak ini secara tidak langsung mampu menyuntik semangat pemain bola sepak selain mempamerkan bakat dalam bola sepak dan rasai padang sintetik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian padang sintetik Seksyen 19, Shah Alam bersempena perlawanan akhir Piala Dato' Mokhtar Dahari (Bawah 15 tahun).

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Dalam pada itu, Mohd Rashidi percaya pembukaan padang itu akan merancakkan lagi industri bola sepak di Shah Alam, selain mampu mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak,

Artikel Berkaitan:

Tengku Amir Shah bersalaman dengan para pemain sebelum perlawanan akhir Piala Dato' Mokhtar Dahari (Bawah 15 tahun) di padang sintetik Seksyen 19, Shah Alam pada Sabtu.
Tengku Amir Shah bersalaman dengan para pemain sebelum perlawanan akhir Piala Dato' Mokhtar Dahari (Bawah 15 tahun) di padang sintetik Seksyen 19, Shah Alam pada Sabtu.

“Penyediaan padang bola sepak ini secara tidak langsung mampu menyuntik semangat pemain bola sepak selain mempamerkan bakat dalam bola sepak.

“Melalui penyediaan padang bola sintetik ini sedikit sebanyak meletakkan Shah Alam sebagai bandaraya yang menyediakan fasiliti sukan bertaraf antarabangsa.

“Kemudahan ini akan menaikkan lagi industri sukan terutamanya seterusnya menaikkan sukan bola sepak Selangor di tahap lebih tinggi,” ujarnya.

Untuk rekod, padang sintetik itu memiliki keluasan 105 meter (m) panjang dan 68m lebar bersamaan 7,140m persegi atau 23425.2 kaki persegi dan mendapat pengiktirafan FIFA Quality Pro.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!