PM ucap selamat menyambut Maulidur Rasul
Beliau berkata, Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin ulung yang menjadi tokoh kepimpinan dan inspirasi dalam kehidupan kita.
"Sama-sama kita berselawat ke atas Baginda dan mengamalkan sifat terpuji Baginda dalam kehidupan seharian kita demi keredhaan Allah SWT. Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran,” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Sabtu..
Perdana Menteri dijadual menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pagi esok, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga dijadual berangkat ke sambutan berkenaan. - Bernama
Ismail Sabri, Maulidur Rasul, umat Islam, Nabi Muhammad
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!