Ampang Jaya, Petaling tentukan juara baharu

Goh Jin Wei menyalakan api perjuangan Ampang Jaya menerusi kemenangan 3-2 (11-6 5-11 3-11 11-7 11-9) ke atas seorang lagi pemain perseorangan wanita profesional, Soniia Cheah dalam masa 33 minit.
Goh Jin Wei menyalakan api perjuangan Ampang Jaya menerusi kemenangan 3-2 (11-6 5-11 3-11 11-7 11-9) ke atas seorang lagi pemain perseorangan wanita profesional, Soniia Cheah dalam masa 33 minit.
A
A
A

SAINGAN SENHENG redONE Purple League Profesional 2022 menghampiri penghujungnya apabila Ampang Jaya BC dan Petaling BC bakal membuat perhitungan terkahir padaq aksi final di Arena of Stars, Genting Highlands.

Ampang Jaya yang menduduki tempat keempat pada musim lalu, menebus kehampaan apabila mencipta kejutan ke atas juara bertahan Puchong United dengan kemenangan 9-5 sekali gus bakal membuat perhitungan dengan Petaling BC pada perlawanan akhir.

Ampang Jaya bermula perlahan apabila ayam tambatan mereka, Chou Tien Chen tewas mengejut kepada pesaing dari Hong Kong, Lee Chiuk Yu 3-0 (7-11 2-11 7-11).

Tersentak dengan kekalahan itu, Goh Jin Wei menyalakan api perjuangan Ampang Jaya menerusi kemenangan 3-2 (11-6 5-11 3-11 11-7 11-9) ke atas seorang lagi pemain perseorangan wanita profesional, Soniia Cheah dalam masa 33 minit.

Pasangan beregu dari Indonesia, Sabar Karyaman dan Moh Reza Pahlevi tidak berdepan masalah menyumbang tiga lagi mata buat Ampang Jaya dengan kemenangan cemerlang 3-0 (11-9 11-4 11-7) ke atas beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk menjarakkan kedudukan kepada 8-3 memihak kepada Ampang Jaya.

Aksi beregu campuran membabitkan dua pasangan profesional negara pula menjadi milik Ampang Jaya apabila gandingan yang tidak asing lagi, Goh Soon Huat-Shevon Lai mendominasi perlawanan sekali gus menewaskan pasangan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 3-0 (11-10 11-6 11-6) untuk mengesahkan slot final buat kali pertama untuk Ampang Jaya.

Sebelum itu, Petaling BC tidak berdepan masalah untuk menewaskan kelab dari Thailand, Sena Bangkok, 10-3.

Aura untuk muncul juara buat kali pertama nyata membakar semangat kem Petaling BC apabila mereka jelas mendominasi saingan dengan hanya tercicir mata menerusi perseorangan wanita, Pai Yu-Po yang tewas kepada Busanan Ongbumrungphan 3-1 (6-11 9-11 11-8 5-11).

Artikel Berkaitan:

Kemaraan Petaling BC ke final disempurnakan pasangan beregu campuran mereka, Chen Tang Jie-Lai Pei Jing yang cemerlang menewaskan Yap Qar Siong-Atitaya Povanon 3-0 (11-4 11-6 11-4).

Mengulas kejayaan Petaling BC melangkah ke final buat kali pertama,

Tang Jie berkata, “Sudah pasti kami amat gembira sekali kerana menyumbang mata kemenangan buat pasukan. Cabaran bertemu pasangan dari Sena Bangkok ini akan memberi momentum buat kami berdepan dengan lawan pada aksi akhir.

“Kami menjangkakan final akan lebih mencabar dan kami perlu bersedia untuk beraksi sehingga lima set.”

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!