Nelayan waspada Monsun Timur Laut

Malik dan Mohamad Razali
Malik dan Mohamad Razali
A
A
A

BACHOK - Nelayan di perairan Kelantan di sini mengambil langkah lebih berwaspada ketika turun ke laut bagi menangkap ikan menjelang Monsun Timur Laut (MTL).

Mohamad Razali Hamad, 60, berkata, nelayan kini melihat dan bergantung kepada keadaan cuaca terlebih dahulu sebelum turun ke laut bagi menggelak kejadian tidak diingini pada fasa peralihan MTL ketika ini.

“MTL dijangkakan berlaku pada bermula pertengahan November ini sehingga Mac dan sebagai langkah berjaga-jaga, sebahagian bot-bot kecil seperti nelayan pantai tidak lagi turun ke laut.

“Bagi bot-bot besar, mereka melihat keadaan cuaca terlebih dahulu, kalau gelap seperti hendak hujan, kami tidak akan turun menangkap ikan di laut,” katanya ketika ditemui Program Jejak Prihatin dan Bantuan Pukat oleh Islamic Aid Malaysia (IAM) di Kandis, di sini, pada Ahad.

Malik (dua dari kiri) menerima sumbangan pukat daripada IAM yang disampaikan oleh Zawahir (dua dari kanan).
Malik (dua dari kiri) menerima sumbangan pukat daripada IAM yang disampaikan oleh Zawahir (dua dari kanan).

Turut hadir, Pengerusi IAM, Zawahir Abdullah.

Seorang lagi nelayan Pantai Canggong, Malik Amat, 58, berkata, keadaan laut ketika ini masih membolehkan mereka menangkap ikan dengan hasil yang lebih banyak berbanding sebelum ini.

“Tiga hingga empat bulan lalu, hasil tangkapan menyusut, tetapi ketika ini, hasil tangkapan kembali meningkat namun perlu pula bersedia dengan kehadiran MTL.

Artikel Berkaitan:

“Nelayan akan berehat ketika musim MTL dan mengisi masa dengan membaiki peralatan menangkat ikan seperti jala dan bot,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!