SAS, SSP ungguli Kejohanan Bola Keranjang SBP
SEKOLAH Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya dan Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya mengungguli Kejohanan Bola Keranjang Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi kategori lelaki serta perempuan bagi edisi 2022.
SAS muncul juara setelah menewaskan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, Pahang 38-20 pada final yang berlangsung di Stadiun MABA pada Sabtu.
SSP atau lebih terkenal dengan jolokan Scud turut mempamerkan aksi mengagumkan apabila menundukkan Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan 46-33.
Kejayaan berganda buat SAS juga apabila Afiq Ashraf Rozaidee dipilih sebagai pemain paling bernilai (MVP), manakala Siti Sarah Mohd Fathudin dari SSP dinobatkan sebagai MVP bagi kategori perempuan.
Kali terakhir kejohanan tersebut diadakan ialah pada 2019 sebelum ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 dan diadakan semula selama tiga hari untuk edisi 2022 bermula pada Khamis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!