Masalah peribadi punca wanita dibunuh

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti motif pembunuhan seorang wanita yang ditemui dengan kesan jerutan pada leher dalam bilik sebuah hotel bajet di Bukit Bintang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan pihak polis mendapati motif pembunuhan adalah disebabkan masalah peribadi (kewangan).

"Kita percaya berlaku pertengkaran di antara mangsa berusia 36 tahun dengan suspek sehingga menyebabkan kematiannya," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada Sabtu, media melaporkan seorang lelaki warga asing berusia 27 tahun ditahan polis di kawasan Sentul pada Jumaat kerana disyaki membunuh kekasihnya di hotel itu.

Polis menerima laporan mengenai seorang wanita ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 9.56 malam.

Setibanya di lokasi kejadian, polis menemui wanita terbabit dalam keadaan terbaring di atas lantai di sebuah bilik hotel.

Suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 14 Oktober ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!