Verstappen pertahan gelaran juara dunia F1

Verstappen meraikan kejayaan muncul juara dunia F1 bersama kru pasukan Red Bull pada GP Jepun di Suzuka pada Ahad. - Foto EPA
Verstappen meraikan kejayaan muncul juara dunia F1 bersama kru pasukan Red Bull pada GP Jepun di Suzuka pada Ahad. - Foto EPA
A
A
A

BERBAKI empat perlumbaan, pelumba sensasi, Max Verstappen mempertahankan gelaran juara Formula Satu (F1) musim ini menerusi kemenangan dramatik dalam cuaca hujan pada Grand Prix (GP) Jepun di Suzuka, Ahad.

Pelumba Red Bull itu muncul pemandu pertama tiba di garisan penamat dan gelaran dunia sah dalam genggaman selepas Charles Leclerc yang menamatkan saingan di tempat kedua dikenakan penalti lima saat sekali gus turun ke tempat ketiga.

Kemenangan itu menyaksikan Verstappen memiliki kelebihan 113 mata selaku pendahulu kejuaraan sekali gus menjadi pelumba ketiga selepas Michael Schumacher dan Sebastian Vettel yang bergelar juara ketika berbaki empat perlumbaan.

Leclerc yang mewakili pasukan Ferrari menamatkan perlumbaan di tempat kedua mengatasi Sergio Perez daripada pasukan Red Bull dikenakan penalti lima saat selepas cuba menghimpit pesaingnya itu.

Lebih menarik Verstappen hanya mengetahui dia bergelar juara dunia semasa temuramah selepas perlumbaan.

“Ia perasaan yang gila kerana saya tidak jangkakannya (jadi juara dunia) setelah melintasi garisan penamat.

“Adakah saya hanya menerima separuh mata? Saya tidak tahu berapa banyak mata yang akan saya dapat. Saya gembira dengan perlumbaan ini,” katanya

Verstappen memenangi 12 daripada 18 perlumbaan pada 2022 dan mengucapkan terima kasih kepada pasukannya atas tahun yang 'menakjubkan'.

Artikel Berkaitan:

“Kejuaraan pertama amat emosi tetapi kejuaraan kedua lebih indah.

“Ini tahun yang istimewa dan anda perlu sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa tahun seperti ini amat jarang untuk dinikmati,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!