Angin kencang, laut bergelora di perairan Sabah mulai Rabu ini
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang dijangka berlaku di perairan Sabah mingggu depan.
Menurut Facebook MetMalaysia hari ini, angin kencang barat laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda perairan Sabah barat dan Labuan dalam tempoh Rabu hingga Sabtu ini.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut,” katanya.
Keadaan itu juga dijangka melanda perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan dan Palawan dalam tempoh yang sama. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!