Sungai Melaka di Batu Hampar lepasi paras bahaya

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
MELAKA - Sungai Melaka di Batu Hampar di sini melepasi paras bahaya 2 meter apabila merekodkan bacaan 2.17 meter pada jam 9 pagi Isnin, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di laman sesawangnya di https://https://publicinfobanjir.water.gov.my/.

Selain itu, Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin berada di paras 3.26 meter dan Sungai Duyong di Duyong, Melaka Tengah (1.71 meter), masing-masing melepasi paras amaran 3.25 meter dan 1.38 meter.

Sementara itu, Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar melepasi paras berjaga-jaga apabila mencatatkan paras 1.56 meter (paras berjaga-jaga 0.50 meter).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 1 tengah hari pada Isnin.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri terlibat adalah Selangor yang merangkumi kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Putrajaya dan Melaka.
Artikel Berkaitan:


Dua lagi negeri adalah Negeri Sembilan meliputi Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!