Rodgers tidak bimbang status Leicester
PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers, menegaskan dia tidak bimbang dengan status terkini The Foxes yang tewas tujuh daripada lapan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL).
Sebaliknya Rodgers melaungkan keyakinan dia merupakan individu paling layak mengubah nasib The Foxes, pasukan yang memiliki karakter juang tinggi biarpun menghuni tangga kedua corot liga ketika ini.
“Sejujurnya menentang Bournemouth adalah satu peluang, sebaliknya kami tidak melakukannya tetapi saya percaya situasi ini akan berubah apabila pasukan mula meraih keputusan positif
“Kesusahan sentiasa membantu anda kerana itulah cara terbaik untuk bertindak balas. Bagi saya adalah penting untuk semua bertenang dengan situasi ini.
“Sudah pasti Ia tidak mudah tetapi tugas saya untuk memimpin pasukan ini mengharungi seterusnya keluar daripadanya,” kata Rodgers.
Leicester City meneruskan persembahan hambar musim ini apabila tewas 1-2 kepada Bournemouth dalam perlawanan di Stadium Vitality biarpun mendahului pada minit ke-10 menerusi jaringan Patson Daka.
Begitupun Bournemouth kendalian Gary O'Neil bangkit dengan dua gol menerusi Philip Billing (68') dan Ryan Christie (71') bagi menafikan kemenangan pelawat.
Leicester City sebelum ini melakar kemenangan pertama mereka musim ini selepas membelasah saingan Timur Midlands, Nottingham Forest, 4-0.
Untuk rekod, The Foxes akan menanti kunjungan Crystal Palace di Stadium King Power pada Sabtu ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!