'Dok rasa macam depa umum petang ini' - MB Kedah

Muhammad Sanusi. (Gambar dalam : Perkongsian MB Kedah yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya mendapat reaksi netizen pada Isnin.)
Muhammad Sanusi. (Gambar dalam : Perkongsian MB Kedah yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya mendapat reaksi netizen pada Isnin.)
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjangkakan Parlimen bakal dibubarkan pada petang Isnin.

Beliau percaya perkara itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Dok rasa macam depa nak umum petang ini," tulis Muhammad Sanusi di Facebooknya pada pagi Isnin.

Lebih 2,000 netizen memberikan reaksi kepada perkongsian MB Kedah itu setakat jam 11 pagi tadi.

Rata-rata netizen percaya ia merujuk kepada pembubaran parlimen walaupun MB Kedah tidak menyatakan perkara tersebut.

Sinar Harian melaporkan pada Isnin, PM akan menghadiri Perhimpunan Agung MIC Di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada jam 2.30 petang.

Difahamkan, Ismail Sabri telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang Ahad untuk memohon pembubaran Parlimen sejurus sebelum baginda berangkat ke London, pada malam Ahad.

Al-Sultan Abdullah dijadual membuat kunjungan hormat kepada Raja Britain, Raja Charles III dalam lawatan khas baginda ke London bermula esok hingga 16 Oktober ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!