Budayakan inovasi di kampung

Adly bersalaman dengan wakil MPKK selepas menyempurnakan majlis perasmian Taklimat Pengurusan MPKK negeri di Auditorium Seri Negeri di Ayer Keroh di sini, semalam.
Adly bersalaman dengan wakil MPKK selepas menyempurnakan majlis perasmian Taklimat Pengurusan MPKK negeri di Auditorium Seri Negeri di Ayer Keroh di sini, semalam.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Melaka bukan sekadar berperanan sebagai duta keharmonian dan keselamatan, namun mampu membudayakan inovasi demi pembangunan kampung.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kira-kira 20 peratus MPKK Melaka berjaya mengaplikasikan budaya inovasi sama ada bagi penyelesaian masalah mahupun menghasilkan produk kampung sendiri menerusi kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut Adly, pihaknya sentiasa menyokong usaha tersebut dan bercadang mewujudkan beberapa anugerah MPKK dalam mengiktiraf golongan itu dari segi kewangan, hubungan antara agensi kerajaan, usaha membangunkan belia setempat dan lain-lain lagi.

Selain itu katanya, dua pengiktirafan yang dirancang bagi penghargaan MPKK iaitu berbentuk sokongan teknikal dan sokongan kewangan yang mana penilaian serta pemilihan akan diperhalusi oleh exco berkaitan pada penghujung tahun ini.

"Inovasi (penilaian) itu dalam pelbagai bentuk contoh dari segi sumber baru kampung dan penyelesaian kepada masalah-masalah kampung.

"Contoh terbaru beberapa inisiatif dibuat MPKK, mereka telah ada kenderaan dari wakaf. Bagi saya, ini inovasi baru jadi MPKK telah ada kenderaan sendiri untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Adly berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian Taklimat Pengurusan MPKK negeri di Auditorium Seri Negeri di sini, semalam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!