Arsenal semakin progresif

Saka
Saka
A
A
A

KEMATANGAN pemain Arsenal ketika bertindak balas terhadap gaya permainan Liverpool semasa melakar kemenangan 3-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates disifatkan sebagai sesuatu membanggakan.

Malah pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui gembira apabila keputusan perlawanan itu memihak kepada mereka.

Jelasnya, skuad kendalian Jurgen Klopp itu sering memberi ancaman agresif terutama terhadap bahagian pertahanan The Gunners sepanjang perlawanan tersebut.

"Sejujurnya saya amat gembira dengan kematangan permainan dipamerkan para pemain Arsenal ketika berdepan kebangkitan Liverpool.

"Ancaman mereka ada pada bila-bila masa, mereka boleh membuka bahagian dan boleh mengeksploitasi ruang. Saya fikir mereka sangat cekap dalam menterjemahkan peluang.

“Begitupun saya rasa kami banyak mempamerkan ketenangan dan perwatakan positif ketika mengharungi detik sukar untuk mengatasinya, terutamanya cara kami bermain pada separuh masa kedua,” katanya.

Pada perlawanan itu, gol Arsenal dijaringkan Gabriel Martinelli selepas 48 saat sepak mula perlawanan, sebelum Bukayo Saka menambah dua gol lagi pada minit ke-50 menerusi sepakan penalti pada minit ke-76'.

Gol anak buah Klopp pula dijaringkan Darwin Nunez (34') dan Roberto Firmino (53').

Artikel Berkaitan:

"Dalam dua atau tiga tahun kebelakangan ini, Liverpool menjadi antara pasukan yang paling sukar kami hadapi berdasarkan status mereka.

"Untuk menang di hadapan para penyokong setia Arsenal di Stadium Emirates, bagi kami adalah istimewa dan ia menunjukkan betapa Arsenal di landasan progresif," kata Saka.

Tiga mata di Stadium Emirates itu membolehkan Arsenal kembali memimpin liga dengan 24 mata, satu mata mengatasi penyandang juara Manchester City selepas masing-masing mengharungi sembilan perlawanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!