Dua termasuk warga emas ditahan seludup arak
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek masing-masing berusia 47 dan 62 tahun itu ditahan Pasukan Task Force Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Muar serta Pasukan Risik Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 6 Bakri menerusi Op Kontraban kira-kira jam 4 petang.
"Kita telah merampas 137 karton arak mengandungi 3,288 tin dan 55 karton mengandungi 1,120 botol bernilai kira-kira RM104,218.60, selain sebuah kereta Proton Waja bernilai RM8,000.
"Jumlah nilai rampasan keseluruhan adalah RM112,218.60," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, kedua-dua lelaki tempatan itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!