Rafizi jangka mengundi awal November

Ciapan Rafizi di Twitter yang menjangkakan rakyat mengundi pada awal November ini.
Ciapan Rafizi di Twitter yang menjangkakan rakyat mengundi pada awal November ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menjangkakan rakyat akan mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada awal November ini iaitu sebelum masuk minggu kedua.

Sehubungan itu katanya, pembangkang berusaha yang terbaik untuk meyakinkan rakyat agar kembali memilih PKR dan Pakatan Harapan (PH) bagi mendepani cabaran kemelut ekonomi dunia dan lain-lain tahun hadapan.

Beliau turut memohon rakyat yang mahu negara berada dalam keadaan jauh lebih baik supaya memainkan peranan dalam beberapa perkara.

“Ikuti perkembangan kempen di media sosial, sebarkan setiap masa, termasuk isu-isu penyelewengan yang tidak putus-putus.

“Sertai usaha kami dengan menjadi sukarelawan untuk menelefon pengundi, mengetuk pintu pengundi serta menjadi ejen mengundi dan mengira (PACA).

“Jika anda ada anak-anak muda yang akan mengundi kali pertama, pujuk mereka untuk keluar mengundi dan memilih PKR dan PH selain menyumbang kepada perbelanjaan kempen secara pendanaan khalayak,” katanya di Twitter pada Isnin.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga memohon doa supaya ALLAH membuka hati rakyat Malaysia untuk menolak calon dan parti yang menyeleweng dana rakyat, tidak ada idea untuk menyelesaikan masalah rakyat serta culas menjalankan tanggungjawab.

“Ini usaha kita dan sejak reformasi tercetus 1998 dahulu, setiap PRU telah berjaya mengembalikan sedikit demi sedikit kuasa kepada rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Ini usaha kita, kita buat yang terbaik,” jelasnya.


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!