[VIDEO] Ismail Sabri tinggalkan PMO, hadiri mesyuarat Biro Politik UMNO
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Bangunan Perdana Putra jam 4.45 petang selepas mengumumkan pembubaran Parlimen.
Beliau yang menaiki kenderaan berwarna hitam menuju ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi menghadiri mesyuarat khas Biro Politik UMNO.
Difahamkan mesyuarat itu berlangsung jam 5 petang ini disusuli dengan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam nanti.
Ketika dihampiri petugas media, Ismail Sabri berkata:
"Saya sudah umum. Saya mahu ke mesyuarat politik UMNO," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!