Pas kecewa PRU15 tergesa-gesa, ajak seluruh rakyat mengundi

Tan Sri Abdul Hadi Awang
Tan Sri Abdul Hadi Awang
A
A
A

SHAH ALAM - Pas melahirkan rasa kecewa pembubaran Parlimen diadakan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum Penggal Parlimen Ke-14 berakhir.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata, partinya tetap optimis bahawa usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan oleh agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan negara.

“Sehubungan itu, Pas mengajak seluruh rakyat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang sangat penting ini. Menjunjung kasih Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada PRU15.

Abdul Hadi pada Sabtu memaklumkan bahawa Pas tetap dengan pendiriannya untuk terus bekerjasama dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Pendirian itu dikeluarkan di sebalik syarat ditetapkan oleh UMNO sebelum itu yang meminta Pas untuk meninggalkan Bersatu sekiranya mahu menjalinkan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!