[VIDEO] PRU15 boleh diadakan sebelum pertengahan November

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan membacakan kenyataan rasmi dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat MKT UMNO berlangsung di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, pada Isnin.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan membacakan kenyataan rasmi dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat MKT UMNO berlangsung di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan awal bulan depan sebelum musim banjir atau musim tengkujuh pada pertengahan November 2022.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu terserah kepada kebijaksanaan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh PRU15.

"UMNO menyerahkan kepada kebijaksanaan SPR untuk menentukan tarikh PRU15. UMNO berpendapat PRU15 boleh diadakan sebelum pertengahan November, iaitu sebelum menjelang musim banjir atau musim tengkujuh.

"Berkaitan dengan PRU15, dimaklumkan bahawa tarikh baru Perhimpunan Agung UMNO yang sebelum ini ditentukan pada 23 hingga 26 November 2022 akan diubah kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,"katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat MKT berlangsung di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, pada Isnin.

Tambah Ahmad, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu juga membincangkan beberapa isu berkaitan dengan gerak kerja dan persiapan jentera menghadapi PRU15 setelah Parlimen dibubarkan.

"UMNO menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan Baginda untuk membubarkan Parlimen selaras dengan kuasa-kuasa Baginda sebagaimana termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2)
Perlembagaan Persekutuan.

"UMNO menghormati titah Tuanku bahkan berpendirian serupa bahawa negara tidak boleh dibiarkan berterusan berada dalam keadaan politik yang tidak menentu bahkan perlu mengembalikan mandat kepada rakyat untuk mereka memilih sebuah kerajaan yang dapat menjamin kestabilan serta kemakmuran negara,"katanya.

Tambahnya, mesyuarat juga bersetuju agar 'Kestabilan Dan Kemakmuran' menjadi tema utama manifesto bagi PRU15 ialah.

Artikel Berkaitan:

"Tema seumpama ini telah digunakan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan PRN Johor sebelum ini. Ia akan diangkat untuk persetujuan Dewan Tertinggi BN," katanya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!