Berbaloikah insentif galak ramaikan anak

RM500 ini cuma untuk ibu penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). - Foto 123RF
RM500 ini cuma untuk ibu penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). - Foto 123RF
A
A
A

SEJAK pembentangan Bajet 2023 Jumaat lalu, riuh-rendah orang bercakap pasal insentif RM500 untuk ibu yang bersalin pada tahun depan. Sebanyak RM150 juta diperuntukkan, bererti 300,000 ibu akan dapat manfaat.

Tapi jangan teruja dulu, RM500 ini cuma untuk ibu penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Itu pun dapat sekali bayar sahaja, bukan tiap-tiap bulan. Bila anak makin besar, makin banyak pula perbelanjaan tambahan.

Selalunya yang kurang anak ini adalah daripada golongan M40 ke atas yang suami isteri bekerja. Mungkin disebabkan kos taska mahal, selain komitmen untuk bayar duit beli rumah dan kereta, mereka sudah cukup kalau ada dua atau tiga orang anak.

Tapi ada juga yang tak setuju keluarga berpendapatan rendah tak perlu ramai anak. Kalau ekonomi rumah tangga tak stabil, nak tambah anak lagi semata-mata RM500 itu sahajakah, tanya mereka.

Merak Jalanan percaya rezeki tambah anak itu ditentukan Tuhan. Ada hikmahnya sama ada dapat anak atau tidak tahun depan.

Selain membantu golongan ibu, dengarnya insentif RM500 ini juga bertujuan meningkatkan kadar kelahiran negara. Yelah, tahun ini sehingga 8 September lalu baru 110,858 bayi dilahirkan.

Di Malaysia, kadar kelahiran tahunan makin menurun, jangka hayat pula meningkat. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ogos lalu menjangkakan kadar kelahiran di Malaysia akan merudum kepada sembilan kelahiran bagi setiap 1,000 orang dalam tempoh 80 tahun lagi iaitu pada 2102.

Kadar kelahiran semasa Malaysia pada 2022 ialah 16.066 kelahiran bagi setiap 1,000 orang, penurunan sebanyak 1.18 peratus daripada 2021.

Artikel Berkaitan:

Maksudnya kalau tak buat sesuatu, 30 tahun lagi, jumlah orang muda tak ramai. Negara akan dipenuhi orang tua, padahal kita perlukan orang muda sebagai tenaga kerja untuk pembangunan negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!