Debaran Le Tour de Langkawi bermula

Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) Mohamed Harrif Saleh (tengah) bersama (dari kiri) pelumba Alpecin- Deceuninck, Jakub Mareczko, pelumba EF Education- Easypost, Jhoan Esteban Chaves Rubio, pelumba Lotto Soudal, Thomas De Gendt dan pelumba UAE Team Emirates, Ryan Gibbons. pada sidang media sempena perlumbaan LTdL 2022 pada Selasa. -Foto Bernama
Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) Mohamed Harrif Saleh (tengah) bersama (dari kiri) pelumba Alpecin- Deceuninck, Jakub Mareczko, pelumba EF Education- Easypost, Jhoan Esteban Chaves Rubio, pelumba Lotto Soudal, Thomas De Gendt dan pelumba UAE Team Emirates, Ryan Gibbons. pada sidang media sempena perlumbaan LTdL 2022 pada Selasa. -Foto Bernama
A
A
A

SELEPAS ditunda tahun lalu susulan pandemik Covid-19, kejohanan lumba basikal paling berprestij di Asia – Le Tour de Langkawi (LTdL) kembali berlangsung tahun ini melibatkan lapan peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan 1,096.9 kilometer (km).

Tumpuan sudah pasti terarah kepada enam pasukan berstatus jelajah dunia (world tour) - UAE Team Emirates (UAE), Cofidis (Perancis), Lotto Soudal (Belgium), EF Education-EasyPost (Amerika Syarikat), Movistar (Sepanyol) dan Astana-Qazaqstan (Kazakhstan).

Selain Astana-Qazaqstan yang dianggap sudah sinonim dengan sejarah penganjuran LTdL, ini merupakan julung kalinya kelima-lima pasukan yang lain mengambil bahagian pada perlumbaan bertaraf Pro Series itu.

Lebih menarik, perlumbaan yang telah memasuki edisi ke-26 itu disertai oleh empat pasukan berstatus benua profesional (pro continental) - Drone Hopper-Androni Giacattoli (Itali), Uno X Pro Cycling Team (Norway), Alpecin-Deceuninck (Belgium) dan Burgos BH (Sepanyol).

Tujuh pasukan benua (continental) diketuai wakil Malaysia, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) selain Protouch (Afrika Selatan), Team Ukyo (Jepun), Ara Pro Racing Sunshine Coast (Australia), Mula (Indonesia), Thailand Continental Cycling Team (Thailand) dan China Glory Continental; Cycling Team (China) turut mengambil bahagian.

Menambahkan lagi kehangatan LTdL 2022 – jelajah berbasikal tertua di Asia apabila tiga pasukan kebangsaan, Malaysia, Thailand dan Filipina menghantar wakil masing-masing bagi melengkapkan senarai 20 pasukan.

Di sebalik ketiadaan penganjuran tahun lalu, LTdL kali ini tetap dijangka menghadirkan ‘gelora besar’ apabila terdapat 23 zon pecutan dan 19 zon pendakian secara keseluruhan yang sudah semestinya menjanjikan kayuhan memeritkan buat 117 pelumba.

Tiga peringkat pertama bakal menyaksikan pertukaran jersi utama pendahulu keseluruhan (Jersi Kuning) dan Raja Pecut (Jersi Hijau) kerana ada 12 zon pendakian termasuk penamat Peringkat 3 kategori Hors ke puncak Genting Highlands.

Artikel Berkaitan:

Perlumbaan Peringkat 4, 5 dan 6 pula diramal berakhir dengan pecutan beramai-ramai pasukan yang menampilkan pakar pecut, manakala penyarung Jersi Kuning (pendahulu keseluruhan) dan Raja Bukit (Jersi Polka Dot) dijangka hanya sekadar mengekalkan momentum kayuhan secara selamat.

Memasuki Peringkat 7 Kuah-Gunung Raya dijangka memberikan peluang cerah kepada pencabar Jersi Kuning dan Jersi Raja Bukit mempamerkan sesuatu kerana tiga zon pecutan dan tiga zon pendakian termasuk pendakian curam menuju ke puncak Gunung Raya telah tersedia.

Peringkat 8 Kuah-Loop Langkawi pula bakal menjadi peluang terakhir kepada setiap pencabar terdekat dalam merealisasikan impian menyarung Jersi Kuning selaku juara keseluruhan LTdL 2022 dengan jangkaan detik-detik terakhir lebih sengit berlaku sebelum tiba di garisan penamat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!