Gerakan kecewa PRU15 pada musim tengkujuh

Dominic
Dominic
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) kecewa dengan pengumuman pembubaran Parlimen menyebabkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan pada musim tengkujuh.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menyifatkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen seperti membelakangkan kepentingan rakyat.

"Apa yang dibuat oleh beliau (Perdana Menteri) jelas melanggar etika sebagai ahli politik yang meletakkan kepentingan rakyat di belakang demi untuk kembali berkuasa penuh.

"Malah, pembentangan Bajet 2023 yang dibentangkan pada Jumaat lalu hanya atas kertas kerana belanjawan itu belum diluluskan.

"Apa yang dibentangkan untuk rakyat itu tidak membawa apa-apa makna. Sepatutnya kerajaan fokus sepenuhnya pada belanjawan," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan pembubaran Parlimen sebagai satu tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa yang pastinya akan memberi kesan buruk kepada rakyat.

Menurut Dominic, Gerakan menyifatkan PRU15 bukan keutamaan bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda Malaysia terutamanya ketika negara bakal berdepan dengan musim tengkujuh tidak lama lagi.

Beliau bagaimanapun berkata, semua jentera dan peringkat akar umbi parti dan komponen Perikatan Nasional sudah bersiap sedia menghadapinya sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!