Mangsa banjir pindah ke PPS di Sarawak meningkat

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di Sarawak meningkat kepada 38 orang pada Selasa. - Foto Suara Sarawak
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di Sarawak meningkat kepada 38 orang pada Selasa. - Foto Suara Sarawak
A
A
A

KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 38 orang setelah 22 mangsa dari tiga kampung di daerah Subis dekat Miri berpindah pada Isnin.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataannya pada Selasa berkata, empat mangsa daripada dua keluarga di Kampung Dagang Sepupok Niah kini berlindung di PPS Dewan Masyarakat Sepupok Niah.

Seramai 18 mangsa lagi adalah daripada empat keluarga yang kini ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Bekenu setelah kediaman mereka di Kampung Jenggalas dan Kampung Dagang di Bekenu dinaiki air.

Sementara itu, 16 individu daripada tiga keluarga di Kapit yang menjadi kumpulan mangsa pertama dipindahkan dalam episod terbaharu banjir di Sarawak ini masih lagi berlindung di PPS Asrama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Kapit.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!