Atletico ikat Griezmann hingga 2026

Griezmann gembira kekal di Atletico untuk tempoh empat tahun lagi. - Foto Agensi
Griezmann gembira kekal di Atletico untuk tempoh empat tahun lagi. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN sensasi, Antoine Griezmann boleh menarik nafas lega apabila menandatangani kontrak bersama Atletico Madrid hingga 2026.

Pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini berstatus pinjaman dari Barcelona.

Penyerang itu sudah kembali ke Metropolitano sejak tiba secara pinjaman pada Ogos 2021 berikutan musim sukar di Camp Nou selepas berhijrah dari Atletico pada 2019.

"Saya sangat gembira kerana itu yang saya mahukan sejak kembali," kata Griezmann menerusi video diterbitkan Atletico di media sosial mereka.

Griezmann yang gembira berada di Atletico tekad memberikan yang terbaik buat kelab.

Gembira berada di kelab ini, bersama jurulatih, rakan sepasukan, stadium dan penyokong. Saya lakukan apa sahaja untuk kekal di sini.

"Apabila saya melihat ada peluang untuk kekal bagi tempoh yang lama, saya bercakap dengan kelab.

"Perkara utama yang saya mahukan ialah kekal di sini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Laporan di Sepanyol menyebut bahawa Griezmann bersetuju mengurangkan gajinya di Barcelona untuk terus kekal Atletico.

"Saya akan berikan apa sahaja buat kelab, kepercayaan diberikan jurulatih, penyokong dan Atletico," ujar Griezmann.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!