Berat kapas kain Kiswa Kaabah 410kg
MAKKAH - Berat kapas yang digunakan pada kain Kiswah yang menutupi Kaabah di Mekah ialah 410 kilogram (kg), kata Ketua Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Kompleks Raja Abdulaziz untuk Kain Kaabah Kiswa, Amjad Ayed Al-Hazmi baru-baru ini.
Menurutnya, jumlah berat keseluruhan kain Kiswa ialah 1,300kg.
Pengesahan Al-Hazmi bertepatan dengan Hari Kapas Sedunia yang berlangsung setiap tahun pada 7 Oktober.
Beliau menyatakan bahawa kapas itu dianggap sebagai bahan mentah yang penting untuk membuat Kiswa.
Beliau menegaskan bahawa kapas yang digunakan dalam Kiswa ditenun di bahagian Kompleks Raja Abdulaziz untuk Kiswa Kaabah melalui mesin tenun yang terkini dan kapas digunakan sebagai lapisan untuk kain Kiswa.
Kapas digunakan kerana ciri-ciri istimewanya yang memberikan Kiswa ketahanan dan kekuatan yang diperlukan untuk menahan faktor hakisan sepanjang tahun. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!