Pemimpin PH syor beberapa prinsip untuk kerajaan sementara

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil mencadangkan beberapa prinsip yang sewajarnya menjadi rukun kerajaan sementara terutamanya bagi mengelakkan salah guna kuasa, rasuah dan persepsi salah.

Ujar beliau, antaranya kontrak-kontrak projek tidak boleh ditandatangan, terutama projek berskala besar atau berkepentingan awam.

“Jentera kerajaan tidak boleh diguna untuk berkempen. Perdana Menteri dan kabinet kerajaan sementara tidak boleh umum apa-apa ‘hadiah' pilihan raya.

“Menteri dan Timbalan Menteri mesti pulangkan aset kerajaan,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Selasa.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, pada Isnin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, kabinet yang diterajui Ismail Sabri berfungsi sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker’ dengan mesyuarat kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa.

Bagaimanapun, Mohd Zuki berkata, kabinet tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar walaupun masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!