Red Bull bersalah langgar had bajet F1

FIA belum memutuskan bentuk hukuman terhadap Red Bull. - Foto Agensi
FIA belum memutuskan bentuk hukuman terhadap Red Bull. - Foto Agensi
A
A
A

PERSEKUTUAN Automobil Antarabangsa (FIA) memaklumkan bahawa pasukan Formula Satu (F1), Red Bull yang diwakili juara dunia dua kali, Max Verstappen melakukan pelanggaran kecil berkaitan peraturan melebihi had bajet bagi musim 2021.

Pasukan Aston Martin turut didapati melanggar peraturan kewangan dan sebarang hukuman akan diputuskan kemudian.

Had itu berkuat kuasa sejak musim lalu dan ditetapkan pada AS$145 juta (RM677.4 juta).

Penetapan had kos itu bagi mengehadkan perbelanjaan untuk menjadikan sukan berkenaan berdaya maju dan merapatkan jurang persaingan antara pasukan besar serta kecil.

Verstappen menamatkan musim lalu dengan kejayaan apabila mengecewakan Lewis Hamilton dari Mercedes untuk memenangi gelaran dunia sulungnya.

FIA memberitahu, pihaknya ketika ini giat menentukan bentuk tindakan sesuai terhadap kedua-dua pasukan dan membayangkan penanti yang ringan.

Kenyataan itu menyebut, pelanggaran itu kurang daripada lima peratus daripada jumlah had pasukan dan boleh mengakibatkan dikenakan 'penalti yang kecil'.

“Pelanggaran perbelanjaan berlebihan adalah kecil,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!