UMNO Perak terima 126 senarai calon

Saarani
Saarani
A
A
A

BAGAN SERAI - UMNO Perak telah menerima senarai 126 calon untuk dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, senarai nama tersebut akan dibawa kepada pucuk pimpinan parti untuk diperhalusi sebelum dipilih sebagai calon.

Menurutnya, ketika ini belum ada sebarang keputusan muktamad berhubung calon yang akan dipilih bertanding pada PRU15.

"Saya perlu bawa semua 126 nama itu ke top 5 (pucuk pimpinan). Kita akan perhalusi seorang demi seorang, akhirnya top 5 setuju senarai itu, baru saya boleh maklumkan berapa ramai muka lama dan berapa baharu.

"Bukan semua (calon) akan terpilih kerana cadangan itu contoh di Bahagian Larut hantar 15 nama nak pakai hanya empat sahaja, di Gerik 13 nama, nak pakai tiga sahaja. Itu tertakluk keputusan top 5," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di hadapan Sekolah Kebangsaan Dato' Alaudin di sini pada Selasa.

Ditanya mengenai persediaan parti menghadapi PRU15, Saarani berkata, persiapan rapi sudah dibuat lebih awal lagi.

Beliau yang juga Pengerusi BN Perak, sejak tahun 2018 lagi pihaknya sudah mempersiapkan jentera.

"Macam biasa, kita memang sentiasa siap siapa dari kita kalah pada tahun 2018. Kita dah mula set up team sebaik sahaja saya diarahkan mengambil alih Pengerusi Perhubungan negeri.

Artikel Berkaitan:

"Bermula tahun 2018, saya bergerak di setiap bahagian untuk adakan mesyuarat perhubungan UMNO, mewujudkan bilik gerakan dan semua jentera sudah bekerja keras," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!