PRU15: Selangor pertaruh majoriti calon baharu

Noh
Noh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majoriti calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi BN Selangor terdiri daripada muka baharu.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau telah menghantar senarai calon kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk dimuktamadkan.

"Dalam PRU kita campur (senarai nama calon) ada lama, ada baharu. Untuk Parlimen, saya seorang saja muka lama, yang lain muka kalah.

"Jadi bermakna kalau Selangor ini daripada 22 Parlimen, 21 Parlimen kalah, bermakna (21 calon) muka baharulah.

"Begitu juga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), kalau nak ada muka lama pun empat orang saja. Yang lain 52 (DUN) semua muka baru. Wanita pun ada pemuda pun ada," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran RAKYATpreneur dan Bank Rakyat UNIpreneur bagi tahun 2022 di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Noh berkata, BN Selangor bersedia bergerak solo bagi menghadapi PRU15 sekali gus menguburkan hasrat kerjasama dengan Pas.

Katanya, syarat yang ditetapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi kata dua kepada Pas adalah wajar.

"Arahan atas (MKT UMNO), kita akur kalau arahan kata solo, kita solo.

Artikel Berkaitan:

"Kita memang nak kerjasama dengan Pas tapi kita maklum Pas masih nak bersama Perikatan Nasional (PN).

"Betullah jadi jadi kena pilih salah satu. Penyatuan ummah juga bermula dengan Muafakat Nasional (MN)," katanya.

BN Selangor hanya akan menamakan 'poster boy' setelah DUN dibubarkan.

"Kalau ada DUN, baru ada 'poster boy'. Kalau DUN tak bubar mana ada 'poster boy'. Terpulang kepada kerajaan negeri untuk putuskan (bubar DUN)," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!