Ibu, bayi maut nahas dua kereta

Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. - Foto ihsan bomba
Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. - Foto ihsan bomba
A
A
A

IPOH - Seorang wanita dan bayinya yang berusia tiga bulan maut dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 34 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di Simpang Pulai di sini pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, Norsyahira Mohd Fadhail, 23, dan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Nauffal Amyroul Shah Huszaiery, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dinaiki mangsa yang dipandu suami wanita terbabit bertembung dengan sebuah kereta jenis Mercedes- Benz.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pelanggaran dari arah hadapan itu mengakibatkan seorang mangsa tersepit.

"Bomba menerima panggilan kejadian itu pada jam 12.46 tengah hari dan sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati bayi berkenaan telah dikeluarkan orang awam.

"Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan wanita dan suaminya yang tersepit.

"Wanita dan bayi berkenaan bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, manakala lelaki berkenaan mengalami cedera parah," katanya.

Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan dua beranak di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan dua beranak di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. - Foto ihsan bomba

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, lelaki itu diserahkan kepada pihak ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!